Sabun DOlive HQ

sabun baju

Sabun Baju Dolive: Anda Sudah Mencubanya?

Sabun baju semestinya satu keperluan yang wajib ada dalam satu isi rumah. 

Kerana ia merupakan satu keperluan hidup di mana permintaan sentiasa ada. Maka, tidak hairanlah jika produk ini mampu melangkaui pasaran. 

Disebabkan itu, kami mahu memperkenalkan satu jenama yang sangat berbaloi dan wajib pembaca kami cuba, iaitu Sabun Dolive. 

Nak tahu kenapa sabun baju ini menjadi pilihan ramai pengguna di Malaysia? 

Teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut tentang keistimewaannya!

Keistimewaan Sabun Baju Dolive

sabun baju dolive

  •  Pencuci 4 dalam 1

Sabun Dolive berkonsepkan 4 dalam 1 yang bertindak sebagai pencuci, pewangi, pelembut dan anti bakteri untuk baju anda. 

Lantas, ini menjadikan jenama ini kegemaran ramai suri rumah kerana ia bukan sahaja memudahkan urusan malah menjimatkan perbelanjaan juga! 

Kini, dengan satu sabun cuci baju, anda dapat memastikan baju ahli keluarga bersih, lembut, wangi dan bebas daripada kuman. 

Ini amat penting kerana pembiakan kuman seperti bakteria dan virus boleh memudaratkan kesihatan manusia dan orang sekeliling kita. 

Mudah dan menjimatkan, bukan? 

Anda tidak lagi perlu membeli pelembut baju atau nama lain softener lagi. Hal ini kerana sabun baju Dolive 4 dalam 1 ini sudah mampu memenuhi keperluan kebersihan anda sekeluarga.

Seperkara lagi, hanya dengan sekilas pandang botol sabun baju Dolive sahaja, kita sudah boleh tahu jangka penggunaan. 

Jadi, jika anda mempunyai keluarga yang besar, sabun baju Dolive ini semestinya pilihan yang terbaik dan bijak untuk anda! 

  •  Keluaran Bumiputera

Tahukah anda bahawa produk sabun Dolive dikeluarkan oleh syarikat dan owner bumiputera? 

Selain itu, Dolive juga adalah 100% produk Muslim yang bertaraf antarabangsa. 

Jadi, dengan adanya agen pembersih baju lokal sebegini, pasti boleh menaikkan lagi semangat anda yang sedang menguruskan bisnes. 

Buat pengetahuan anda, pengarah urusan Dolive merupakan pemandu lori ais pada suatu ketika dahulu. 

Dengan hanya berbekalkan modal sebanyak RM400, beliau mampu mencipta nama produk lokal di samping membantu suri rumah yang ingin mencari mata wang pencarian. 

Seperti kata pepatah, “What you give is what you will get back”. 

Jadi, buat mereka yang sedang berusaha ingin mencari side income, anda boleh memanfaatkan peluang ini untuk mencari rezeki. 

  •  Dijamin Halal

Adakah anda sangka hanya produk makanan dan minuman sahaja yang memerlukan logo halal? 

Sebenarnya, tidak

Meskipun Dolive ialah agen pembersih baju, ia selamat untuk digunakan oleh para pembeli. Ia tidak menyebabkan iritasi pada kulit setelah baju itu sudah dibasuh. 

Ia semestinya suci dan bebas daripada bahan-bahan kimia yang berbahaya. Jadi, pengguna Muslim tidak perlu risau akan status Dolive kerana ia selamat dan halal untuk digunakan. 

Semua produk sabun Dolive telah mendapat pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). 

Dengan adanya Dolive, pengguna dapat membasuh baju dengan tenang di samping baju yang berbau wangi dan bersih. 

  •  Pelbagai jenis variasi wangian

Salah satu sebab mengapa sabun Dolive menerima pujian daripada pengguna setia mereka adalah kerana wangian yang tiada bandingan. 

Sabun Dolive mempunyai pelbagai variasi wangian yang membolehkan para pengguna pilih daripada pasaran..

Buat pengetahuan anda, Dolive merangkumi wangian-wangian menarik seperti: 

  • Apple 
  • Lemon 
  • Orange 
  • Sakura Luxury
  • Lavender
  • Strawberry 
  • Original scent 
  • Blossom rose
  • Simply sweet

Wangian ini seringkali menerima sambutan daripada pengguna-pengguna setia. Dan, mereka selalu memberi komen “wangian seperti di dobi”, “Senang menanggalkan kotoran”, “berpuas hati dan tidak alergik” dan banyak lagi! 

  • pH yang seimbang 

Selain itu, sabun ini juga mempunyai pH neutral dan bersifat lembut pada kulit dan pakaian, sabun Dolive selamat digunakan. 

Jika anda tiada masa menjemur pakaian di ampaian kerana seharian di tempat kerja, sabun Dolive dapat menjadikan kerja menjemur anda lebih mudah dan cepat.

Kesimpulannya, memilih sabun cuci baju juga sama penting dengan memastikan ia bersih daripada kotoran. 

Ini disebabkan, terdapat sesetengah orang yang amat sensitif pada permukaan pakaian.

Pasti anda tidak mahu perkara ini terjadi pada anda mahupun ahli keluarga, kan? Jadi, tukar sabun cuci baju anda kepada Dolive sekarang!

Jika anda berminat, anda boleh mendapatkannya daripada agen kami yang sudah berdaftar dan sah.

Dengan ini, anda tidak akan menghadapi fraud/scam apabila berjual-beli dengan pihak yang bertanggungjawab. 

Dan, jika anda sedang mencari side income daripada rumah, anda boleh cuba daftar jadi agen bersama kami. Pekerjaan ini amat sesuai buat mereka yang menjadi suri rumah. 

Sambil jaga rumah atau membuat kerja-kerja rumah, anda boleh cari wang pendapatan lain untuk menyara diri sendiri dan keluarga.

Jadi, tunggu apa lagi? 

Dengan hanya satu klik pada pautan di bawah ini, lebih senang anda membeli sabun Dolive. 

Leave a Comment

Your email address will not be published.