Sabun DOlive HQ

sabun basuh baju

Suri Rumah, Jom Cari Pendapatan Lebih Dengan Kami!

Menjadi suri rumah merupakan antara kerja yang paling letih dan sibuk.

Ini menyebabkan mereka sering terkongkong di dalam rumah tanpa melakukan sebarang kerja sambilan.

Tetapi, buat pengetahuan anda, kerja sambilan seperti menjadi agen membolehkan anda untuk mendapat dana sampingan yang mencukupi.

Jika anda ingin menjana pendapatan sampingan, anda sedang membaca artikel yang betul!

Dalam artikel ini, Kami akan mencadangkan beberapa kerja sambilan yang mempunyai pendapatan bagus.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapatkan maklumat yang berfaedah.

Kerja Sambilan Yang Boleh Dibuat Dari Rumah

Di sini, kami akan mencadangkan beberapa kerja sambilan yang sesuai untuk suri rumah seperti:

  1. Menjual Makanan

Jika anda mahir dalam memasak, ini merupakan salah satu idea bisnes atau kerja sambilan yang sangat baik.

Anda tidak perlu bersusah-susah mencari resepi. Hal ini kerana membuat bisnes makanan hanya memerlukan skill.

Jadi, anda boleh pilih sama ada ingin menjual makanan berat (seperti nasi berlauk), dessert, mahupun kek.

Modal yang dikeluarkan juga tidak tinggi kerana anda boleh memborong bahan di kedai dengan harga yang lebih murah.

  1. Menjadi Tutor

Bagi suri rumah yang mempunyai kemahiran atau kepakaran dalam bidang akademik seperti matematik, sains atau bahasa, anda boleh menggunakannya untuk menjadi tutor online.

Waktu pandemik pada dua tahun telah menyebabkan ramai ibu bapa memilih untuk mendaftarkan anak mereka menyertai kelas secara online.

Meskipun kini kelas bermula secara fizikal, anda boleh berdaftar sebagai tutor online menerusi beberapa platform carian kerja di Internet.

Dan, anda tidak perlu mengeluarkan sebarang modal jika anda sudah mempunyai laptop dan internet kerana semua akan dibuat secara online.

  1. Pelukis

Ini merupakan kerja sambilan yang sangat menarik bagi suri rumah yang mempunyai hobi atau kemahiran dalam melukis!

Ini juga boleh dibuat secara online.

Dengan kehadiran internet dan alat seperti iPad dan laptop, anda boleh melukis di peranti sahaja dan menghantar hasil anda kepada mereka melalui emel atau platform lain.

Media sosial seperti TikTok dan Instagram berpotensi tinggi untuk anda publicizekan bakat tersebut.

Selain itu, komen-komen daripada pengguna Internet sering kali memberikan idea baharu kepada pelukis.

Dengan ini, idea melukis anda akan berterusan. Ini akan membuka peluang untuk anda buat comission terhadap lukisan yang dihasilkan.

  1. Pereka Grafik

Selain dari melukis, pereka grafik juga merupakan satu kerja sambilan yang bagus bagi suri rumah yang mempunyai kreativiti dalam bidang ini.

Banyak syarikat mencari orang untuk mereka logo, banner dan lain-lain bagi menaikkan nama syarikat mereka di media.

Seperti sebelum ini, anda boleh melakukan perkara ini di peranti anda.

Anda boleh menghadiri meeting secara online bersama syarikat tersebut untuk memastikan anda tahu apa yang mereka mahu.

  1. Penulis

Jika anda lebih berminat dengan penulisan, anda juga boleh menjadikannya sebagai sumber pendapatan yang baik.

Suri rumah boleh membuat kerja ini kerana anda tidak perlu ke mana-mana asalkan anda mempunyai Internet dan peranti di rumah anda.

Banyak syarikat akan membayar orang yang menulis content untuk mereka.

Dengan hasilan content yang menarik dan padat dengan info terkini, ia secara tidak langsung dapat menarik orang untuk mencuba produk/servis tersebut.

  1. Menjual Baju atau Barang Terpakai

Sebagai suri rumah, sudah pasti anda akan bertanggungjawab untuk mengemas dan menyusun barang-barang di rumah pada setiap hari.

Oleh itu, anda mesti tahu jika terdapat baju atau barang yang tidak digunakan lagi. Daripada membiarkannya di rumah, anda boleh menjualnya.

Anda boleh mengiklankan barang yang anda ingin jual di media sosial bersama harga serta kualiti barang tersebut.

Anda juga dinasihatkan untuk terus jujur dengan tidak menjual barang yang sudah rosak untuk memastikan sumber pendapatan anda adalah halal dan tidak menyusahkan orang lain.

Mari Membuat Duit Bersama Dolive!

Selain dari kerja-kerja di atas, anda juga boleh membuat duit sebagai suri rumah dengan menjadi agen Dolive!

Mengapa anda perlu memilih kami? Di sini ada beberapa sebab yang anda boleh lihat:

  • LEBIH 1000 ORANG BERJAYA KAMI BANTU

Kami hanya perlukan komitmen anda sahaja untuk kami bantu anda menjana pendapatan serendah RM10,000 sebulan

  • MODAL SERENDAH RM250

Modal permulaan serendah RM250 dengan pembelian borong minimum serendah 10 botol. Lebih banyak anda borong lebih banyak Less %

  • PRODUK SENANG TERJUAL

Sabun dobi Dolive mempunyai permintaan yang sangat tinggi. Jadi kami perlukan agen-agen di setiap kawasan bagi memudahkan pelanggan mendapatkan sabun Dolive.

  • TRAINING PERCUMA

Dalam training kami akan kongsikan teknik marketing dan benda paling asas yang WAJIB anda tahu sebagai pemilik bisnes

Kesimpulannya, terdapat banyak kerja sambilan yang boleh buat sebagai suri rumah yang berpotensi untuk menjana pendapatan yang lumayan.

Jika anda masih mencari kerja sambilan, pilihlah untuk menjadi agen Dolive seperti yang kami telah menyatakan!

Anda tidak akan menyesal kerana boleh mendapat duit dan pengalaman yang sangat berharga.

Bagi mereka yang mempunyai apa-apa soalan tentang servis dan produk kami, boleh melayari website kami di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published.